Laman

Kamis, 29 Maret 2012

BILA AJAL MULAI MENDEKAT


submitted by : Miftachul Arifin

sumber : NULL

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan

masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka

menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya

sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula

sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari

lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka

keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain

masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke

dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat

masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke

kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak

orang itu."



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka

malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang

disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat

melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang

beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa

kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini

adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan

melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail

A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka

Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri.

Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya

di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi

melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana

terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan

menjadi tempat tinggalnya.





Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.

menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka

datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut

hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut

maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu

dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini

melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa

menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka

dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan

apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:



"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah

lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat mautpun coba mencabut roh orang

mukmin dari arah tangan.Tapi keluarlah sedekah dari

arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan

kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan:



"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang

mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan

sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim

dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."



Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh

orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut

cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab

kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki

ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan

menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal

malaikat maut mencabut roh org mukmin dari arah

kaki,maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.



Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka

telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari

arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar

bacaan Al-Quran dan zikir."



Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang

mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak

menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini

sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan

mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada

Allah S.W.T.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu

dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka

malaikat maut menghampiri roh orang itu dan

menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat

Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka

keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan

tenang.



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh

pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu

Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1.Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga

Illiyyina.

4.Roh para shuhada berterbangan seperti burung di

syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di

udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari

kiamat.

6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di

gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka

Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga

sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W :

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya

oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari

kuburnya :

1.Orang-orang yang mati syahid.



2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam

bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.



Insya Allah kita termasuk kelompok yang tersebut

diatas

Amin ya robbal 'Alamiin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar